Raja Perlis terima menghadap perdana menteri 


Perdana Menteri Anwar Ibrahim menghadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau hari ini.– Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Januari, 2023.

RAJA Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Istana Arau hari ini.

Berangkat sama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Turut hadir Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Hasnol Zam Zam Ahmad.

Sesi menghadap Raja Perlis itu yang pertama buat Anwar, sejak Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November tahun lepas.

Selepas sesi menghadap itu, Anwar dijadual mengadakan perjumpaan bersama ketua jabatan dan pegawai kanan Persekutuan di Dewan 2020. – Bernama, 16 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen