PEJABAT Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menerima sampul surat yang mencurigakan, yang kemudiannya dihantar kepada pegawai pertahanan untuk ujian, lapor Sputnik.
Terdapat kesan “bahan berminyak” pada sampul surat itu,” The Jerusalem Post melaporkan semalam dan menambah wujud kebimbangan ia mungkin mengandungi bahan berbahaya.
Namun, bungkusan itu selamat selepas pemeriksaan oleh unit pelupusan polis, kata The Jerusalem Post.
Tiada butiran lanjut dinyatakan mengenai kandungan sampul surat itu. – Bernama, 16 Januari, 2023.
Komen