4 maut dalam letupan kelab menembak di utara Brazil 


SEKURANG-kurangnya empat orang terbunuh dan seorang cedera parah dalam satu letupan di sebuah kelab menembak di bandar Manaus, ibu negeri Amazonas Brazil, kata jabatan bomba tempatan pada Ahad.

Letupan berlaku pada sebelah pagi di kelab itu yang terletak di barat Manaus, lapor Xinhua.

Menurut bomba punca letupan tidak diketahui setakat ini namun semasa anggota perkhidmatan kecemasan tiba, terdapat bau gas yang kuat. – Bernama, 16 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen