Paderi dibakar hidup-hidup di Nigeria


PENYERANG bersenjata membakar seorang paderi Katolik hidup-hidup dan menculik lima jemaah dalam dua serangan berasingan di tengah dan barat daya Nigeria, kata polis.

Rasa tidak selamat adalah antara isu utama di negara paling ramai populasi di Afrika itu di mana pilihan raya umum dijadualkan diadakan bulan depan.

Kira-kira 2 pagi waktu tempatan di kampung Kafin-Koro, penjenayah membakar rumah seorang paderi menyebabkan beliau mati, kata polis.

Kumpulan penyerang itu membakar rumah Father Isaac Achi selepas mereka gagal masuk ke dalam rumah berkenaan.

Penyerang itu kemudian menembak dan mencederakan seorang lagi paderi dikenali sebagai Father Collins ketika mangsa cuba melarikan diri, kata polis.

“Mayat Father Isaac ditemui sementara Father Collins dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.”

Dalam serangan berasingan beberapa jam kemudian, kumpulan penyerang itu menceroboh rumah penganut Kristian di kampung Dan Tsauni di daerah Kankara, dan menculik lima jemaah yang sedang bersiap sedia untuk mengadakan upacara keagamaan di gereja berhampiran. – AFP, 16 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen