10 maut serangan bom di gereja di Congo


SEKURANG-KURANGNYA 10 terbunuh dan 39 lagi cedera dalam satu serangan bom di sebuah gereha di Congo, semalam, dengan pengganas Islamic State (IS) mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu.

Jurucakap tentera Congo Antony Mualushayi berkata tindakan keganasan itu berlaku di gereja Pentecostal di Kivu Utara di wilayah Kasindi, bandar yang bersempadan dengan Uganda.

Letupan menyebabkan 10 terbunuh dan 39 yang lain cedera, katanya.

Jurucakap operasi tentera Uganda Bilal Katamba pula berkata insiden itu menyebabkan 16 terbunuh dan 20 cedra.

Pada mulanya, kementerian komunikasi Congo menerusi media sosial berkata serangan itu dilakukan Tentera Demokrasi Bersekutu (ADF) – di mana IS mendakwa kumpulan itu sekutunya di Afrika tengah.

ADF antara kumpulan paling ganas dengan lebih 120 kumpulan bersenjata berada di Congo, kebanyakannya adalah legasi tentera perang saudara.

Ia didakwa menyebabkan pembunuhan ribuan orang awam congo dan melakukan serangan bom di Uganda.

Tetapi petang semalam, kumpulan IS mendakwa bertanggungjawab atas serangan itu dan berkata hampir 10 mangsa terbunuh. – AFP, 16 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen