KIRA-KIRA 70 anggota polis cedera dalam protes alam sekitar yang diadakan di sebuah perkampungan di Jerman yang dibakar bagi membesarkan lombong arang batu.
Kecederaan berlaku apabila penunjuk perasaan perasaan bertembung dengan polis. Sementara itu penganjur turut mendakwa berpuluh-puluh penunjuk perasaan turut cedera.
Ratusan polis dilapor mengeluarkan aktivis dari perkampungan Lutzerath di barat Jerman dalam operasi yang bermula sejak Rabu lalu.
Perkampungan yang menjadi simbol penentangan bagi bahan api fosil itu menarik ribuan penunjuk perasaan sejak kelmarin, termasuk aktivis iklim Sweden, Greta Thunberg.
Ramai anggota polis cedera dikatakan berikutan keadaan sangat sukar di tempat kejadian sejak Rabu lalu, selain pertempuran yang berlaku kelmarin.
Polis berkata kira-kira 150 kes jenayah, termasuk penentangan terhadap anggota polis, kerosakan harta benda dan menggugat keamanan sudah dibuka, selain keadaan di lokasi kejadian hari ini, sangat tenang.
Katanya, berpuluh-puluh aktivis masih bersembunyi di rumah pokok, manakala ada dua lagi berselindung dalam terowong bawah tanah.
Kelmarin, aktivis yang juga pegawai perubatan Birte Schramm mendakwa polis menggunakan ‘baton, semburan lada, meriam air, anjing dan kuda secara besar-besaran.
“Sekurang-kurangnya 20 aktivis dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan kerana sebahagian mereka dipukul di kepala dan perut,” katanya.
Penganjur mendakwa lebih 35,000 penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi kelmarin, manakala polis melaporkan hanya 15,000 yang menyertai tunjuk perasaan itu. – AFP, 16 Januari, 2023.
Komen