GEMPA bumi berukuran 6.2-magnitud melanda pantai pulau Sumatera, Indonesia awal hari ini, lapor Agensi Geological Amerika Syarikat (USGS).
Gemba bumi itu berlaku pada 48km di tenggara bandar Singkil di Aceh dengan kedalaman 37km.
Ia berlaku kira-kira 6.30 pagi waktu tempatan.
Agensi Meteorologi, Cuaca dan Geofizik Indonesia (BMKG) turut melaporkan gempa bumi itu dan berkata tiada ancaman tsunami dikeluarkan.
“Gempa bumi itu menyebabkan orang ramai panik. Gegaran dapat dirasai antara 3 hingga 10 saat di empat daerah di Aceh dan wilayah Sumatera Utara, kata jucakap agensi bencana Abdul Muhari.
Pada 21 November, gempa bumi berukuran 5.6-magnitud landa wilayah Jawa Barat menyebabkan 602 terbunuh.
Antara kejadian gempa bumi paling teruk berlaku di Indonesia ialah pada 26 Disember, 2004 dengan mencetuskan tsunami menyebabkan lebih 230,000 terbunuh.
Indonesia sering mengalami aktiviti seismik dan gunung berapi keraja kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik. – AFP, 16 Julai, 2023.
Komen