JEPUN berharap dapat segera memulihkan hubungan dua hala dengan dengan Korea Selatan, kata perdana menterinya Fumio Kishida.
Antaranya, menyelesaikan pertikaian lama berkait buruh paksa ketika zaman perang dapat dipulihkan segera, katanya pada sidang media di Washington semalam.
Kishida berkata beliau dan Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol komited untuk menyelesaikan sebarang isu yang masih berbangkit.
“Kami mahu memulihkan hubungan dua hala kepada keadaan yang lebih sihat dan membangun,” kata Kishida kepada pemberita.
Sejak menang tipis dalam pilihan raya tahun lalu Yoon berusaha untuk memperbaiki hubungan antara Korea Selatan dengan Jepun supaya dua negara sekutu Amerika Syarikat (AS) itu dapat bekerjasama dalam menangani ancaman senjata peluru berpandu Korea Utara.
Hubungan dua hala Jepun-Korea Selatan sekian lama tegang ekoran penjajahan Tokyo pada 1910-1945 di semenanjung Korea.
Menurut data dikeluarkan Seoul, kira-kira 780,000 warga Korea menjadi buruh selama 35 tahun pendudukan tentera Jepun. Angka itu tidak termasuk wanita yang dipaksa menjadi hamba seks. – AFP, 15 Januari 2023.
Komen