6 cedera dalam insiden tembakan di luar gereja London


Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun kritikal dan lima lagi cedera dalam kejadian tembakan pada satu majlis pengebumian di London semalam, kata polis.

Tetamu yang hadir pada majlis berkenaan melarikan diri sambil menjerit di luar sebuah gereja Roman Katolik di London ketika bunyi tembakan kedengaran.

“Siasatan awal mendapati tembakan dilepaskan dari kenderaan yang sedang bergerak yang kemudian meninggalkan tempat kejadian,” kata Polis Met London dalam satu kenyataan.

Selain kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, empat wanita dan seorang lagi kanak-kanak perempuan, 12, cedera dalam kejadian berhampiran stesen kereta api Euston.

Seorang anggota polis Superintendan Ed Wells berkata insiden tembakan yang melibatkan kanak-kanak itu sangat mengejutkan.

“Siasatan ke atas serangan mengerikan ini sedang dijalankan melibatkan pegawai tempatan dan pakar,” tambahnya.

Seorang saksi memberitahu MyLondon tembakan itu dilepaskan ketika orang berkabung yang menghadiri pengebumian bersama ibu dan anak perempuan menyaksikan burung merpati dilepaskan selepas upacara itu. – AFP, 15 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen