LAPANGAN terbang di Cusco, pintu masuk ke Machu Picchu yang terkenal di selatan Peru dibuka semula pada hari ini selepas ditutup akibat protes selama berminggu-minggu yang mengorbankan berpuluh-puluh orang.
Penyokong presiden yang digulingkan Pedro Castillo berarak dan menghalang jalan di sekitar negara Amerika Selatan itu sejak Disember, menuntut pilihan raya baharu dan penyingkiran pemimpin semasa Dina Boluarte.
Pihak berkuasa pada Khamis menggantung operasi sebagai langkah pencegahan di lapangan terbang yang mengendalikan trafik udara kedua paling ramai di negara itu selepas penunjuk perasaan cuba menggangu kawasan hub pengangkutan.
Pada Disember, ia menggantung operasi selama lima hari.
Demonstrasi di seluruh negara kadang kala bertukar menjadi ganas dan sekurang-kurangnya 42 orang terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan.
Bilangan sekatan jalan raya di Peru meningkat Sabtu kepada 100 dengan sekatan terutamanya tertumpu di sekitar Lima, kata pihak berkuasa pengangkutan. – AFP, 15 Januari, 2023.
Komen