Perdagangan asing China meningkat 7.7% tahun lepas


Jumlah dagangan barangan mencapai rekod 42.07 trilion yuan, meningkat 7.7 peratus tahun ke tahun, mendahului dagangan dunia selama enam tahun berturut-turut, lapor Xinhua memetik Pentadbiran Am Kastam. – Gambar EPA, 13 Januari, 2023.

NILAI perdagangan asing China mencecah 40 trilion yuan (kira-kira AS$5.94 trilion) buat kali pertama pada 2022, ketika negara itu berusaha menyelaras tindak balas wabak seiring pembangunan ekonomi dan sosial dalam keadaan domestik yang kompleks dan situasi antarabangsa yang tidak menentu, data rasmi menunjukkan pada Jumaat.

Jumlah dagangan barangan mencapai rekod 42.07 trilion yuan, meningkat 7.7 peratus tahun ke tahun, mendahului dagangan dunia selama enam tahun berturut-turut, lapor Xinhua memetik Pentadbiran Am Kastam (GAC).

Eksport meningkat 10.5 peratus kepada 23.97 trilion yuan, dan import meningkat 4.3 peratus kepada 18.1 trilion yuan.

Perdagangan asing China mencapai kejayaan dalam skala, kualiti dan kecekapan pada tahun lepas, merupakan pencapaian sukar memandangkan permintaan, bekalan dan jangkaan yang sukar dijangka, kata jurucakap GAC Lyu Daliang.

Import dan eksport China dengan ASEAN, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat masing-masing meningkat 15 peratus, 5.6 peratus dan 3.7 peratus.

Perdagangan China dengan negara-negara Inisiatif Jalur dan Laluan meningkat 19.4 peratus mencakupi 32.9 peratus daripada jumlah perdagangan asingnya, manakala perdagangan dengan anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau yang lain meningkat 7.5 peratus. – Bernama, 13 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen