SATU-satunya anak kepada legenda rock and roll Elvis Presley, Lisa Marie Presley meninggal dunia selepas dimasukkan ke hospital pada Khamis, menurut ibunya.
Penyanyi itu meninggal dunia pada usia 54 tahun dipercayai akibat masalah jantung.
“Dengan berat hati saya perlu kongsi berita yang mendukacitakan bahawa anak perempuan saya yang cantik Lisa Marie telah meninggalkan kita.
“Dia adalah wanita yang paling bersemangat, kuat dan penyayang yang pernah saya kenali,” kata Priscilla Presley dalam satu kenyataan pada petang Khamis.
Pengumuman itu dibuat hanya beberapa jam selepas Priscilla mengesahkan bahawa Lisa dikejarkan ke hospital pada awal Khamis.
AFP sebelum ini melaporkan Jabatan Bomba Daerah Los Angeles tidak mengesahkan identiti pesakit, namun memberitahu media pasukan paramedik merawat seorang wanita berusia pertengahan 50-an yang mengalami serangan jantung kira-kira pukul10.30 pagi. – 13 Januari, 2023.
Komen