Siti Kasim, Ambiga dan Kit Siang dipanggil ke Bukit Aman


Noel Achariam

Peguam Siti Kasim dipanggil oleh Bukit Aman untuk memberi kenyataan berkaitan forum "Dark Forces Towards PRU15" yang dihadirinya tahun lepas. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Januari, 2023.

PEGUAM Siti Kasim dipanggil oleh Bukit Aman untuk memberi kenyataan berkaitan forum “Dark Forces Towards PRU15” yang dihadirinya tahun lepas.

Beliau berkata peguam Ambiga Sreenevasan dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang juga dipanggil oleh polis untuk memberikan kenyataan mereka pada 19 Januari.

“Saya tidak tahu mengapa mereka (polis) mahu mengambil kenyataan kami? Kami tidak berkata apa-apa yang berunsur hasutan,” katanya kepada The Malaysian Insight. 

Siti berkata peguam Rajsurian Pillai akan bersamanya ke Bukit Aman.

Pada Oktober polis berkata mereka akan menyoal bekas peguam negara Tommy Thomas berkenaan komen yang dibuatnya mengenai isu perkauman di forum itu.

Setiausaha Polis Malaysia Noorsiah Saaduddin berkata pegawai juga akan menyoal siasat Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Michael Jeyakumar Devaraj.

Dilaporkan polis melancarkan siasatan selepas Thomas memberitahu forum bahawa pembangkang harus memberitahu orang ramai “kerajaan Melayu” telah gagal.

Beliau menggesa pembangkang untuk meminta pengundi bertanya kepada diri mereka sama ada “kerajaan Melayu” menjadikan negara lebih baik dan lebih cekap. – 12 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen