Shanghai lancar kereta api kargo China-Eropah pertama 


Kereta api kargo China-Eropah yang menuju beberapa perhentian di Asia Tengah membawa pelbagai barangan dengan nilai keseluruhan berjumlah 18.7 juta yuan (kira-kira AS$2.76 juta). – Gambar Facebook, 12 Januari, 2023.

SHANGHAI pada Rabu melancarkan kereta api kargo China-Eropah pertamanya pada 2023 menuju beberapa perhentian di Asia Tengah.

Kereta api kargo itu membawa pelbagai barangan, seperti lif, peralatan perubatan dan alat ganti kereta, dengan jumlah berat melebihi 880 tan dan nilai keseluruhan berjumlah 18.7 juta yuan (kira-kira AS$2.76 juta).

Shanghai melancarkan kereta api barang China-Eropah pertamanya pada September 2021.

Pada 2022, Shanghai mengendalikan 53 kereta api kargo China-Eropah, yang dimuatkan dengan lebih 5,000 barangan dengan jumlah berat 40,000 tan yang bernilai 1.3 bilion yuan. – Bernama, 12 Januari 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen