Michelle Yeoh menang anugerah pelakon wanita komedi terbaik Golden Globe


Michelle Yeoh bersama trofi Golden Globe yang dimenanginya bagi kategori pelakon wanita wanita terbaik dalam muzikal atau komedi menerusi 'Everything Everywhere All At Once'. – Gambar AFP, 11 Januari, 2023.

MICHELLE Yeoh berjaya memenangi anugerah Golden Globe bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi menerusi wataknya sebagai Evelyn Quan Wang dalam “Everything Everywhere All at Once”.

Michelle ketika berucap selepas menerima trofi menyifatkan karier seninya sebagai perjalanan menakjubkan walaupun ia bukan satu perkara mudah tetapi ternyata semuanya membuahkan hasil. 

“Everything Everywhere All at Once,” yang ditulis dan diarahkan oleh Daniel Kwan dan Daniel Scheinert, mengisahkan Evelyn, seorang pendatang Cina-Amerika yang terpaksa menggunakan versi selari dirinya untuk menyelamatkan alam semesta dan pada masa yang sama berdepan audit oleh IRS.

Kemenangan itu menjadikan beliau menjadi pelakon kedua berketurunan Asia yang berjaya memenangi pelakon wanita terbaik dalam kategori filem (muzikal atau komedi), selepas Awkwafina bagi filem “The Farewell” pada 2020.

Michelle yang dicalonkan buat pertama kali bagi anugerah Golden Globe, menewaskan calon lain Lesley Manville (Mrs. Harris Goes to Paris), Margot Robbie (Babylon), Anya-Taylor Joy (The Menu) dan Emma Thompson (Good Luck to You, Leo Grande).

“Everything Everywhere All at Once” bertanding di Golden Globes 2023 dengan enam pencalonan, termasuk Michelle. – Agensi, 11 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen