LIONEL Messi menarik diri dari skuad Barcelona buat sementara Sabtu ini kerana sedang bersedia menunggu kelahiran anak ketiganya.
Kelab itu, dalam Twitter menulis: “Perubahan dalam skuad. Messi tak akan beraksi kerana urusan peribadi. Yerry Mina akan ambil alih tempatnya.”
Isteri Messi, Antonella Roccuzzo menjangka akan melahirkan anak lelaki lagi. Kemungkinan pasangan itu akan menamakan anak ketiga mereka itu sebagai Ciro.
Pasangan Argentina itu, kedua mereka berusia 30, pertama kali bertemu kpada 1996. Hubungan mereka mula serius sedekad kemudian.
Barcelona, yang pada Rabu seri ketika bertemu dengan Chelsea dalam Champions League, mendahului Atletico Madrid dengan lapan mata dalam La Liga. – AFP, 10 Mac, 2018.
Komen