TikTok digesa patuh peraturan Kesatuan Eropah


Ketua eksekutif TikTok dijangka bertemu para pegawai tertinggi Kesatuan Eropah di Brussels lewat minggu ini.– Gambar EPA, 10 Januari 2023.

SYARIKAT media sosial China, TikTok mesti menghormati peraturan Kesatuan Eropah (EU) termasuk syarat ketelusan berhubung algoritmanya, kata Pesuruhjaya Pasaran Dalaman Thierry Breton pada Isnin.

“Saya akan mengingatkan presiden TikTok supaya menghormati integriti peraturan kami, yang melindungi rakyat kami serta obligasi mereka, termasuk mengenai ketelusan algoritma mereka,” lapor agensi berita Petra Jordan yang memetik laporan Reuters .

Breton dilaporkan berkata demikian pada sidang akhbar bersama Menteri Ekonomi Sepanyol Nadia Calvino.

Ketua Eksekutif TikTok Shou Zi Chew dijangka bertemu para pegawai tertinggi EU di Brussels lewat minggu ini. – Bernama, 10 Januari 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen