SEORANG profesor Amerika Syarikat (AS) dipecat daripada jawatannya di sebuah universiti selepas menunjukkan “gambar Nabi Muhammad” kepada pelajarnya.
Erika Lopez Prater, seorang pensyarah tambahan di Universiti Hamline di Minnesota, melakukan provokasi dalam kalangan pelajar beragama Islam apabila beliau menunjukkan dua gambar lama yang kononnya pengasas Islam, ketika sesi kelas sejarah pada Oktober lalu.
Lopez Prater memberitahu The New York Times beliau tahu ramai umat Islam percaya larangan terhadap tindakan itu, dan beliau ada memberi amaran yang beliau akan menunjukkan gambar sedemikian dalam kelasnya untuk semester itu.
Walaupun sudah diberikan amaran, termasuk seminit sebelum beliau menunjukkan lulisan tahun abad ke-14 menunjukkan gambar “nabi”, sekurang-kurangnya seorang pelajar Islam di dalam kelas itu membuat aduan.
Lopez Prater membuat permohonan maaf menerusi emel, kata pelajar terbabit kepada akhbar sekolah The Oracle.
Tetapi pihak berkuasa di universiti swasta di Saint Paul itu membuat keputusan memecat pensyarah berkenaan atas kesalahan menunjukkan imej yang tidak menghormati agama dan Islamofobia, lapor The Oracle.
Umat Islam percaya menunjukkan sebarang imej yang dikaitkan dengan Nabi Muhammad adalah perbuatan yang menghina. – AFP, 10 Januari, 2023.
Komen