Kanak-kanak maut, mangsa perang dadah di Belgium


SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun terbunuh dalam satu insiden tembakan yang ada kaitan dengan perdagangan haram dadah di bandar pelabuhan Antwerp, Belgium, kata pihak berkuasa.

Polis tempatan memberitahu agensi berita Belga, kanak-kanak itu terbunuh akibat serpihan peluru selepas penyerang melepaskan tembakan di sebuah rumah di kawasan Merksem yang menyebabkan sebuah ketuhar gelombang mikro meletup.

“Seorang kanak-kanak terbunuh. Siasatan sedang dijalankan tetapi kami akan melakukan segala yang termampu untuk menahan penjenayah tidak berhati perut ini,” kata Menteri Dalam Negeri Belgium Annelies Verlinden.

“Kanak-kanak tiada kena mengena dengan perang dadah,” kata jurucakap pendakwa raya Antwerp.

Pelabuhan di Antwerp dan Rotterdam di Belanda adalah dua pintu utama untuk kemasukan kokain dari Amerika Latin untuk masuk ke Eropah dan sering disembunyikan dalam bungkusan penghantaran buah-buahan. – AFP, 10 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen