ARAB Saudi tidak akan mengenakan had jumlah jemaah untuk ibadah haji tahun ini, kata menterinya semalam, selepas tiga tahun sekatan dikenakan bagi menyekat penularan Covid-19.
“Jumlah jemaah akan kembali seperti sebelum pandemik, tanpa had umur,” kata Menteri Haji dan Umrah Tawfiq al-Rabiah.
Ibadah haji – salah satu daripada rukun Islam dijadualkan berlangsung pada Jun tahun ini.
Pada 2019, kira-kira 2.5 juta jemaah tiba di Arab Saudi, dengan jumlah jemaah berkurangan dalam bagi dua tahun berikutnya, akibat pandemik.
Pada 2022 hampir 900,000 jemaah termasuk 780,000 dari luar negara dibenarkan ke kota suci Mekah dan Madinah.
Pada masa itu, had umur yang dibenarkan ialah bawah 65 tahun dan mengambil suntikan vaksin Covid-19 serta ujian saringan negatif. – AFP, 10 Januari, 2023.
Komen