Gempa kuat 7.6 magnitud landa Indonesia


Gempa bumi berukuran 7.6 magnitud berlaku di dalam laut di Indonesia dan Timor Timur awal pagi tadi, lapor USGS. – Gambar Facebook, 10 Januari, 2023.

GEMPA bumi berukuran 7.6 magnitud berlaku di dalam laut di Indonesia dan Timor Timur awal pagi tadi, lapor Agensi Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Titik gempa ialah 427km di selatan pulau Ambon di Indonesia, dengan kedalaman 95km, kata USGS.

Agensi Meteorologi, Cuaca dan Geofizik Indonesia (BMKG) melaporkan beberapa gegaran susulan berukuran 5.5 magnitud.

Agensi itu berkata gegaran turut dirasai di pulau-pulau di Timor, kepulauan Maluku dan Papua. Tetapi tiada laporan kerosakan atau kecederaan diterima setakat ini.

“Saya sedang tidur dan rasa sedikit gegaran,” kata Hamdi, penduduk di Ambon.

Seorang penduduk di Dili, ibu kota Timor Timur melaporkan gegaran kuat dalam tempoh lama.

Gempa itu menyebabkan tiang lampu turut terjejas dan penduduk keluar dari rumah mereka ke jalan raya di Tual, iaitu kawasan pelabuhan di Maluku.

Agensi geofizik Indonesia pada awalnya mengeluarkan amaran kemungkinan tsunami tetapi kemudian menarik balik amaran itu.

Gegaran turut dirasai sejauh ke Darwin, Australian di mana kira-kira 1,000 laporan diterima agensi geosains Australia. – AFP, 10 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen