12 maut dalam protes di Peru


Sekurang-kurangnya 12 maut di Peru ketika penunjuk perasaan anti-kerajaan yang cuba menyerbu ke lapangan terbang bertempur dengan anggota pasukan keselamatan. – Gambar Facebook, 10 Januari, 2023.

SEKURANG-KURANGNYA 12 maut di Peru ketika penunjuk perasaan anti-kerajaan yang cuba menyerbu ke lapangan terbang bertempur dengan anggota pasukan keselamatan, kata pihak berkuasa.

Keganasan berlaku di bandar tenggara Juliaca, di wilayah Puno, kata seorang pegawai di pejabat ombudsman tempatan.

Pejabat berkenaan memberi angka kematian awal sebanyak sembilan orang.

Penunjuk perasaan menuntut pengunduran Presiden Dina Boluarte yang mengambil alih jawatan selepas penyingkiran dan penahanan presiden ketika itu Pedro Castillo pada 7 Disember lalu.

Pemecatan Castillo selepas dia cuba membubarkan kongres dan mula memerintah melalui dekri, mencetuskan pertempuran selama beberapa minggu di seluruh negara yang dilanda ketidakstabilan politik selama bertahun-tahun itu.

Penunjuk perasaan berang dengan penyingkiran Castillo yang berhaluan kiri mahu Boluarte meletakkan jawatan dan mahu pilihan raya baharu diadakan dengan segera.

Juliaca yang bersempadan dengan Bolivia menjadi sarang protes anti-kerajaan.

Mogok terbuka diisytiharkan pada 4 Januari lalu. – AFP, 10 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen