PENYOKONG bekas presiden Brazil yang juga pemimpin sayap kanan Jair Bolsonaro merusuh bangunan Kongres semalam, sebagai bantahan terhadap pelantikan presiden baharu Luis Inacio Lula da Silva.
Rusuhan berlaku seminggu selepas Lula mengangkat sumpah jawatan.
Rakaman video di media sosial juga memaparkan penyokong Bolsonaru menyerbu Istana Presiden Planalto dan Mahkamah Agung.
Polis mengepung bangunan Kongres di Brasilia dan menggunakan gas pemedih mata untuk menghalang perusuh tetapi tidak berkaya. Penunjuk perasaan yang enggan menerima kemenangan Lula, yang juga pemimpin sayap kiri, terus menceroboh dan berkumpul di atas bangunan Kongres sambil mengibarkan bendera Brazil.
Tindakan penyokong Bolsanaro itu sama seperti yang dilakukan penyokong bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang merusuh di bangunan Capitol pada 6 Januari 2021. Bolsonaro adalah sekutu Trump.
Lula menang tipis, menewaskan Bolsonaro dalam pusingan kedua pilihan raya presiden pada 30 Oktober lalu.
Bolsonaro meninggalkan Brazil akhir tahun lalu dan kini berada di Florida, AS. – AFP, 9 Januari 2023.
Komen