PIHAK berkuasa memindahkan penduduk di bandar Josimath di kawasan pergunungan Himalaya semalam selepas ratusan bangunan dan rumah retak akibat pemendapan tanah.
Punca pemendapan tanah masih belum dapat dipastikan tetapi penduduk percaya ia berpunca daripada kerja-kerja pembinaan empangan hidroelektrik berdekatan bandar itu.
Perdana Menteri India Narendra Modi semalam berkata satu jawatankuasa terdiri daripada sekumpulan pakar dibentuk untuk mengenal pasti punca kejadian.
Menurut Pegawai tempatan, Himanshu Khurana sekurang-kurangnya 60 keluarga sudah dipindahkan ke tempat perlindungan sementara.
Lebih 600 rumah dan hotel di Joshimath yang mempunyai sekitar 20,000 penduduk dilaporkan retak dan mula mendap.
Joshimath terletak di utara negeri Uttarakhand saban tahun menjadi menjadi tumpuan penganut Hindu dan Sikh, serta popular dengan pelancong yang ingin melawat Himalaya. – AFP, 9 Januari 2023.
Komen