Kumpulan belia kutip sisa plastik untuk lindungi Lautan Hindi


Sekumpulan belia wanita mengutip satu tan sisa plastik di sepanjang pantai Lautan Hindi di bandar pelabuhan Dar es Salaam, Tanzania, dalam usaha membantu menyelamatkan lautan itu daripada pencemaran. – Gambar Facebook, 8 Januari, 2023.

SEKUMPULAN belia wanita mengutip satu tan sisa plastik di sepanjang pantai Lautan Hindi di bandar pelabuhan Dar es Salaam, Tanzania, dalam usaha mereka membantu menyelamatkan lautan itu daripada pencemaran.

Pengerusi Yayasan Wanita Kitar Semula Hellen Silas yang mengetuai insiatif berkenaan berkata sisa plastik itu dikutip di pantai Kawe dekat dengan Lautan Hindi.

“Kami berada di sini hari ini untuk melakukan aktiviti pembersihan pantai yang telah kami anjurkan bersama-sama pertubuhan alam sekitar dan sukarelawan lain,” kata Silas kepada Agensi Berita Xinhua.

Silas berkata program itu akan dilakukan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali.

“Isu pembuangan sisa plastik di lautan akan berakhir jika kita terus meningkatkan kesedaran dan mengubah minda orang ramai,” katanya. – Bernama, 8 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen