DEWAN Perwakilan Amerika Syarikat (AS) masih gagal memilih Speaker Dewan meskipun selepas pengundian memasuki pusingan ke-14 pada minggu ini.
Pemimpin Republikan McCarthy memerlukan 218 undi daripada Dewan yang majoritinya Ahli Parlimen Republikan untuk dipilih sebagai Speaker tetapi beliau gagal memperoleh dua lagi undi dalam pengundian yang dijalankan pada Jumaat, lapor Sputnik.
Dewan sedang mengundi sama ada akan mengadakan undian pusingan ke-15 pada lewat malam Jumaat hingga awal pagi Sabtu atau menangguhkannya ke hari Isnin. – Bernama, 7 Januari, 2023.
Komen