Muhammad nama kedua popular di Belanda


Muhammad menjadi nama kedua popular untuk bayi lelaki di Belanda. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Januari, 2023.

MUHAMMAD menjadi nama kedua paling popular yang menjadi pilihan ibu bapa untuk bayi lelaki di Belanda pada 2022, lapor Agensi Anadolu.

Menurut data terkini Dutch Social Insurance Bank (SVB) pada Khamis, Noah pula nama paling popular di negara ini dengan seramai 871 bayi manakala Emma pula menjadi pilihan untuk bayi perempuan seramai 677.

Menggabungkan pelbagai ejaan nama itu, Muhammad mendapat tempat kedua antara nama yang diberikan untuk bayi lelaki, seramai 671 orang. – Bernama, 7 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen