Tentera Syria teruskan serangan ketika bantuan makanan tiba di Ghouta


Konvoi bantuan kemanusiaan PBB tiba di Timur Ghouta selepas dibenarkan memasuki kawasan bergolak itu oleh pihak berkuasa Syria.– Gambar EPA, 10 Mac, 2018.

TENTERA Syria meneruskan serangan ke kawasan yang dikuasai pemberontak di Timur Ghouta pada Sabtu, sehari selepas konvoi bantuan menghantar bekalan makanan kepada penduduk yang diancam kebuluran di kawasan berkenaan berikutan serangan bom yang menghalang saluran bantuan.

Hampir 950 orang awam terbunuh sejak tentera kerajaan yang disokong Rusia melancarkan serangan pada benteng pertahanan terakhir pemberontak berhampiran Damsyik pada 18 Februari. 

Timur Ghouta yang mempunyai populasi penduduk 400,000 orang terpaksa hidup dalam kepungan kerajaan sejak 2013, iaitu lebih separuh daripadanya dikuasai semula oleh rejim selepas ia dikuasai pemberontak. 

Selain kumpulan pejuang seperti Jaish al-Islam, pejuang Hayat Tahrir al-Sham (HTS), yang dikaitkan dengan Al-Qaeda turut dihantar ke kawasan berkenaan. 

Stesen televisyen Syria menyiarkan rakaman sebuah bas membawa 13 orang “pejuang” dan ahli keluarga keluar daripada kawasan bergolak menerusi pusat kawalan Al-Wafideen. 

Ada di antaranya kelihatan masih muda, manakala yang lain menutup muka dan kepala mereka. 

Pusat kawalan itu dibuat menurut Jaish al-Islam, terdapat pejuang HTS yang meninggalkan utara wilayah Idlib, menerusi satu perjanjian yang dibuat atas nasihat PBB dan pihak antarabangsa lain. 

“Kumpulan pertama anggota HTS dikeluarkan daripada penjara Jaish al-Islam dan dipindahkan ke Idlib atas permintaan mereka sebagaimana dalam perjanjian itu,” kata Jaish al-Islam. – AFP, 10 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen