Mogok pekerja jejaskan perkhidmatan kereta api UK


Mogok akan berterusan jika pertikaian berhubung isu gaji dan suasana kerja tidak segera diselesaikan, kata Kesatuan Rel, Maritim dan Pengangkutan. – Gambar AFP, 6 Januari, 2023.

PENUMPANG kereta api di Britain berdepan gangguan perkhidmatan masuk hari keempat berturut-turut susulan mogok pekerja yang menuntut penyelesaian segera isu gaji dan suasana pekerjaan.

Mogok oleh anggota kesatuan Rel, Maritim dan Pengangkutan (RMT) dan 14 pengendali kereta api telah menyebabkan perkhidmatan kereta api di Britain hampir lumpuh, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Setiausaha Agung Kesatuan Aslef, Mick Whelan telah memberi amaran bahawa situasi itu tidak dapat dielakkan dan mogok mungkin akan berterusan jika pertikaian berhubung isu itu tidak segera diselesaikan.

Beliau mendakwa majikan dan kerajaan hanya “bersandiwara” serta tidak serius untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Rundingan dijangka diadakan awal minggu depan tetapi kesatuan sekerja mendakwa kerajaan cuba  menghalang perjanjian dengan cuba campur tangan.

Bagaimanapun, menteri yang bertanggungjawab menafikan pihaknya cuba untuk campur tangan dalam rundingan. – Bernama, 6 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen