Buntu pilih speaker baharu, Dewan Perwakilan AS tangguh hari ketiga


Pusingan ke-12 untuk memilih speaker Dewan Perwakilan AS akan bermula pada tengah hari Jumaat waktu tempatan. – Gambar AFP, 6 Januari 2023.

DEWAN Perwakilan Amerika Syarikat (AS) mengundi pada petang Khamis untuk penangguhan selepas pengundian hari ketiga berturut-turut sekali lagi buntu untuk memilih speaker baharu.

Pemimpin Republikan Kevin McCarthy gagal buat kali ke-11 dalam usahanya untuk menjadi speaker Dewan Perwakilan apabila hanya memperoleh sokongan 200 ahli Republikan.

Pusingan ke-12 untuk memilih speaker akan bermula pada tengah hari Jumaat waktu tempatan, lapor Agensi Anadolu.

Ahli perwakilan Hakeem Jeffries terus mendapat sokongan daripada kesemua 212 ahli Demokrat dewan itu berbeza dengan lawannya.

Bidaan McCarthy untuk mendapatkan jawatan itu terus ditolak oleh kumpulan penentang utama dalam partinya walaupun memperoleh sokongan bekas presiden Donald Trump.

Keputusan rakan Republikan McCarthy yang untuk membantah pemilihan beliau dibuat selepas beberapa laporan media mencadangkan McCarthy akur kepada beberapa tuntutan mereka yang sebelum ini ditolaknya, termasuk peraturan baharu yang membenarkan seorang ahli Dewan memaksa mengundi untuk memecat speaker. – Bernama, 6 Januari 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen