5 kanak-kanak maut insiden tembakan di Utah


SATU kejadian tembakan di negeri Utah, Amerika Syarikat (AS) mengorbankan lapan mangsa termasuk lima kanak-kanak, menurut polis.

Insiden berlaku di sebuah rumah di Enoch City, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan akhbar.

Pegawai berkata kejadian itu tidak memberi ancaman kepada orang ramai dan percaya tiada suspek yang bebas.

Siasatan masih dijalankan dan setakat ini tiada butiran dikeluarkan mengenai identiti atau umur mangsa.

“Kami bersimpati ke atas mereka yang terjejas akibat keganasan yang tidak masuk akal ini,” kata Gabenor Utah Spencer Cox di Twitter. – Bernama, 5 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen