Amazon berhentikan lebih 17,000 pekerja


Amazon akan memberhentikan lebih 17,000 pekerja, menurut satu laporan dengan langkah pemberhentian itu tertumpu kepada petugas korporat syarikat. – Gambar EPA, 5 Januari, 2023.

AMAZON, gergasi e-dagang Amerika Syarikat (AS) akan memberhentikan lebih 17,000 pekerja, menurut satu laporan.

Langkah pemberhentian itu tertumpu kepada petugas korporat syarikat, lapor Agensi Anadolu memetik Wall Street Journal.

Pada November, syarikat berpangkalan di Seattle itu mengumumkan pemberhentian tenaga kerja korporatnya yang tertumpu kepada perniagaan peranti, pengambilan pekerja dan operasi runcit.

Sehingga September, syarikat itu menggaji 1.5 juta pekerja dengan peratusan besar bekerja di gudang. – Bernama, 5 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen