Djokovic mungkin terlepas peluang sertai Indian Wells, Miami Open Masters


Novak Djokovic mungkin terlepas peluang menyertai kejohanan Indian Wells dan Miami Open Masters selepas pihak berkuasa pengembaraan AS kenakan syarat bukti vaksinasi Covid-19 kepada warga asing. – Gambar AFP, 5 Januari, 2023.

BINTANG tenis Novak Djokovic berkemungkinan terlepas peluang untuk menyertai kejohanan Indian Wells dan Miami Open Masters selepas pihak berkuasa pengembaraan Amerika Syarikat (AS) mengenakan syarat bukti vaksinasi Covid-19 kepada warga asing.

Walaupun peraturan Covid-19 dilonggarkan atau ditarik balik di kebanyakan negara, namun bukti vaksinasi masih diperlukan untuk memasuki AS, sehingga sekurang-kurangnya 10 April, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Indian Wells dan Miami Open Masters ialah dua daripada kejohanan paling berprestij di luar kalendar grand slam yang masing-masing bermula pada 6 Mac dan 20 Mac.

Djokovic yang enggan mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 sebelum ini pernah dilarang memasuki Australia. – Bernama, 5 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen