Myanmar beri pengampunan kepada 7,012 banduan


Seramai 7,012 banduan diberikan pengampunan sempena ulang tahun ke-75 kemerdekaan Myanmar, semalam. – Gambar AFP, 5 Januari, 2023.

PENGERUSI Majlis Pentadbiran Negeri (SAC) Jeneral Kanan Min Aung Hlaing semalam memberikan pengampunan kepada 7,012 banduan sempena ulang tahun ke-75 kemerdekaan Myanmar, lapor Xinhua.

Selain itu, SAC turut mengurangkan tempoh hukuman kepada beberapa banduan yang dipenjarakan di seluruh negara.

Menurut data rasmi, negara Asia Tenggara itu memberikan pengampunan kepada lebih 59,000 banduan termasuk 239 warga asing sepanjang 2021 dan 2022. – Bernama, 5 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen