Djokovic, Medvedev lakar kemenangan di Adelaide International


Pemain nombor lima dunia Novak Djokovic meneruskan rentak kemenangan dalam aksi perseorangan dengan menewaskan Constant Lestienne dari Perancis di pusingan pembukaan di Adelaide International. – Gambar AFP, 3 Januari, 2023.

NOVAK Djokovic dan Daniil Medvedev memulakan musim 2023 dengan melakar kemenangan di Adelaide International.

Pemain nombor lima dunia Djokovic meneruskan rentak kemenangan dalam aksi perseorangan dengan menewaskan Constant Lestienne dari Perancis dengan 6-3, 6-2 di pusingan pembukaan pada Selasa, lapor Xinhua.

Pertembungan yang dinanti-nantikan itu adalah perlawanan perseorangan pertama Djokovic di bumi Australia sejak memenangi gelaran Terbuka Australia kesembilannya pada 2021.

Pemain Serbia itu tidak mempertahankan gelarannya pada 2022 selepas tidak dibenarkan memasuki negara itu.

Terdahulu pada Selasa pemain nombor tujuh dunia Daniil Medvedev memperoleh sembilan mata set dalam pertemuan menentang Lorenzo Sonego sebelum kecederaan lengan memaksa pemain Itali itu menghentikan permainan.

Medvedev, naib juara Terbuka Australia 2021 dan 2022, mendahului 7-6 (6), 2-1 apabila Sonego menarik diri selepas perlawanan berlangsung kira-kira 100 minit.

Ini bermakna pemain Rusia itu mungkin akan menentang Djokovic di separuh akhir.

Kejohanan Adelaide International adalah antara acara pendahuluan utama Terbuka Australia 2023 yang dijadual bermula 16 Januari. – Bernama, 3 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen