Tesla catat peningkatan pengeluaran, penghantaran untuk suku keempat


Tesla lapor peningkatan dalam pengeluaran dan penghantaran bagi suku keempat meskipun terdapat kebimbangan kegawatan ekonomi akan menyebabkan penurunan permintaan. – Gambar EPA, 3 Januari, 2023.

PENGELUAR kereta elektrik Tesla melaporkan peningkatan dalam pengeluaran dan penghantaran bagi suku keempat meskipun terdapat kebimbangan kegawatan ekonomi akan menyebabkan penurunan permintaan, lapor dpa.

Dalam tiga bulan terakhir tahun ini, pembuat kereta elektrik mewah itu sudah menghantar 405,278 kenderaan meningkat empat peratus berbanding tahun lepas.

Tesla menghantar 388,131 sedan kompak Model 3 dan kenderaan utiliti sukan (SUV) Model Y yang menyaksikan peningkatan 4%. Syarikat itu juga membekalkan 17,147 Model S/X pada suku keempat iaitu peningkatan 9%.

Pada suku keempat, Tesla menghasilkan sejumlah 439,701 kereta.

Pada 2022, penghantaran kenderaan meningkat 40% tahun ke tahun kepada 1.31 juta, manakala pengeluaran meningkat 47% dari tahun lalu kepada 1.37 juta. – Bernama, 3 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen