EMPAT orang terbunuh manakala lebih sedozen lagi cedera termasuk tiga dalam keadaan kritikal selepas dua helikopter bertembung di udara Australia pada Isnin.
Nahas berlaku di pantai Queensland, lapor agensi Anadolu memetik polis.
“Akibat daripada (pertembungan itu) empat orang kehilangan nyawa mereka hari ini dan tiga lagi kritikal di hospital,” kata pemangku inspektor polis Queensland, Gary Worrell kepada pemberita.
Beliau berkata nahas berlaku selepas satu daripada dua helikopter itu sedang melakukan pendaratan dan satu lagi sedang berlepas.
“Kedua-dua pesawat itu kemudian berlanggar dan terhempas di tebing pasir tidak jauh dari pusat peranginan Sea World,” kata pegawai polis itu, menurut SBS News. – Bernama, 2 Januari, 2023.
Komen