Myanmar lanjut tempoh perjanjian gencatan senjata


Penyokong tentera Myanmar dalam satu perarakan. SHari ini, pejabat pertahanan tentera Myanmar berkata perjanjian gencatan senjata dengan kumpulan bersenjata etnik dilanjutkan sehingga penghujung 2023 dalam usaha meningkatkan proses damai di negara itu. – Gambar AFP, 1 Januari, 2023.


TENTERA Myanmar melanjutkan perjanjian gencatan senjata dengan kumpulan bersenjata etnik sehingga penghujung 2023, memetik kenyataan Pejabat Panglima Perkhidmatan Pertahanan pada Sabtu.

Menurut kenyataan itu pihak tentera sebelum ini telah melanjutkan tempoh perjanjian gencatan senjata dengan kumpulan bersenjata etnik selama 21 kali dari 21 Disember 2018 hingga 31 Disember 2022, lapor Xinhua.

Selepas mempelawa Pertubuhan Bersenjata Etnik (EAO) untuk rundingan damai pada 22 April 2022, Pengerusi Majlis Pentadbiran Negeri (SAC) Jeneral Kanan Min Aung Hlaing kemudian mengadakan rundingan dengan wakil 10 EAO.

Perjanjian berkenaan dilanjutkan untuk meningkatkan proses damai di Myanmar, menurut kenyataan itu. – Bernama, 1 Januari, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen