IS mengaku serang bandar Terusan Suez Mesir


Militan IS mendakwa ia dalang dalam serangan ke atas pusat pemeriksaan polis di bandar Terusan Suez, Ismailia, Mesir, berkata serangan yang membunuh tiga anggota polis itu dibuat menggunakan mesingan. – Gambar AFP, 1 Januari, 2023.

KUMPULAN pengganas Negara Islam (IS) pada Sabtu mendakwa ia dalang serangan maut ke atas pusat pemeriksaan polis Mesir di bandar Terusan Suez, Ismailia pada Jumaat.

“Sebuah sel tentera khalifah berjaya menyerang sekatan jalan polis Mesir… dengan mesingan,” kata agensi berita Amaq milik kumpulan militan itu.

Tiga anggota polis Mesir terbunuh dalam serangan tersebut, yang pertama seumpamanya sejak hampir tiga tahun di tanah besar Mesir.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, serangan terhadap pasukan keselamatan Mesir telah tertumpu di Sinai, tempat militan yang bergabung dengan IS beroperasi.

Sebelas askar terbunuh pada 7 Mei dalam serangan di barat Sinai.

Beberapa hari kemudian, lima lagi askar dan tujuh militan mati apabila tentera diserang di semenanjung.

Ismailia merupakan salah satu bandar utama yang menghadap Terusan Suez Mesir, laluan air penting antara Asia dan Eropah yang menyaksikan kira-kira 10 peratus daripada perdagangan maritim dunia. – AFP, 1 Januari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen