Parlimen Venezuela bubar kerajaan sementara


Kerajaan sementara Venezuela yang dipimpin Presiden interim Juan Guaido dibubarkan semalam. – Gambar EPA, 31 Disember, 2022

PARLIMEN Venezuela semalam membubarkan kerajaan sementara yang dipimpin Presiden interim Juan Guaido.

Seramai 72 Ahli Parlimen mengundi menyokong pembubaran kerajaan sementara itu manakala 29 lagi menentang, lapor Xinhua.

Parlimen akan memikul sebahagian daripada tanggungjawab Guaido dan melantik suruhanjaya bagi mengurus dan melindungi aset asing.

Penyokong mendakwa pembubaran itu perlu demi menjamin perpaduan menjelang pilihan raya pada 2024. – Bernama, 31 Disember, 2022


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen