Putin terima bayaran hutang gas dalam mata wang asing


Presiden Rusia Vladimir Putin menandatangani dekri membenarkan negara Barat membayar hutang bahan api dalam mata wang asing. – Gambar AFP, 31 Disember, 2022.

PRESIDEN Rusia Vladimir Putin pada Jumaat menandatangani dekri membenarkan negara-negara Barat yang dianggap “tidak mesra Rusia” membayar hutang bahan api dalam mata wang asing.

Pembayaran balik hutang negara tidak bermakna penghantaran gas Rusia dilanjutkan, lapor Agensi Anadolu memetik dekri itu.

Dekri itu meminda keputusan awal yang meminta negara “tidak mesra Rusia” membayar dalam mata wang rubel bagi setiap pembelian gas.

Pada 31 Mac, Putin berkata—negara yang memperkenalkan sekatan terhadap Rusia—mesti membayar bekalan gas dalam rubel selepas mereka membekukan aset mata wang bank pusat Rusia susulan krisis di Ukraine.

Pada akhir April, Gazprom milik negara Rusia menghentikan aliran gas ke Poland dan Bulgaria kerana keengganan mereka untuk membayar bil dalam rubel.

Gazprom juga menghentikan penghantaran kepada syarikat tenaga yang membekalkan gas ke Finland, Belanda, Denmark, Latvia dan Jerman, atas alasan mereka tidak mematuhi sistem pembayaran yang dikenakan. – Bernama, 31 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen