Peluncur udara maut terhempas ke cerun konkrit


SEORANG peluncur udara maut selepas terhempas ke cerun konkrit di dalam kawasan pembinaan lebuh raya Pan Borneo di Manggatal di Kota Kinabalu kira-kira pukul 2 petang semalam.

Lelaki berusia 26 tahun itu difahamkan sempat menurunkan penumpang di kawasan berhampiran, namun kemudian diterbangkan oleh angin kuat sebelum terhempas dan maut di tempat kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Supt Kalsom Idris ketika dihubungi mengesahkan kemalangan itu yang masih dalam siasatan pihak polis.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I dan kes pada masa ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – Bernama, 31 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen