TUJUH termasuk tiga kanak-kanak menjadi korban dalam kejadian letupan gas di sebuah restoran pada Jumaat di wilayah Aydin di barat Turkiye, kata pegawai.
Imej televisyen menunjukkan keadaan restoran dua tingkat yang hangus dengan tingkap dan pintunya tercampak disebabkan letupan.
Gabenor tempatan berkata letupan itu berlaku di dapur, di mana pekerja sedang menukar salah satu tong gas yang digunakan untuk dapur memasak.
Empat orang dimasukkan ke hospital dengan dua daripada mangsa yang terselamat melompat keluar dari tingkap tingkat dua untuk menyelamatkan diri daripada kebakaran, kata laporan media tempatan. – AFP, 31 Disember, 2022.
Komen