1,323 ketua isi rumah di Kuantan belum tuntut bantuan banjir 


Jumlah keseluruhan ketua isi rumah yang layak menerima bantuan berkenaan adalah sebanyak 23,857 Bantuan Barang Keperluan Asas dan 1,611 Baik Pulih Rumah.– Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Disember, 2022.

SEBANYAK 1,323 ketua isi rumah (KIR) di daerah ini yang terjejas akibat banjir pada hujung tahun lepas dan awal tahun ini, masih belum membuat tuntutan Bantuan Barang Keperluan Asas (BBKA) dan Baik Pulih Rumah (BPR).

Datuk Bandar Kuantan Hamdan Hussin berkata jumlah keseluruhan KIR yang layak menerima bantuan berkenaan adalah sebanyak 23,857 BBKA dan 1,611 BPR.

“Sepatutnya jumlah yang masih belum dituntut ini akan dipulangkan semula kepada pihak bertanggungjawab esok (31 Disember) namun Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pahang telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh tuntutan berkenaan sehingga penghujung Februari 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutup Program Khalifah Muda anjuran Masjid Tepian Putra mebabitkan 170 peserta berumur tujuh hingga 15 tahun di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai bantuan banjir berkenaan, beliau berkata senarai KIR yang belum menerima bantuan tersebut telah dipanggil beberapa kali untuk membuat tuntutan namun agihan itu masih gagal disempurnakan.

Justeru, Hamdan menggesa KIR terjejas banjir musim lepas di daerah ini yang masih belum menerima bantuan berkenaan membuat semakan nama masing-masing di Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) bagi membuat tuntutan. – Bernama, 30 Disember, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Hi... Since September we as a Penduduk keep calling and asking about the Bantuan yang masih belum kami terima. Until the last before the election still keep asking and calling MBK. This statement MBK said " KIR Belum Tuntut" ??? For what we as Penduduk tak tuntut.. As I know my neighbor gets Bantuan around June-July 2022... I'm until today still not received that Bantuan.

    Dimuat naik 3 tahun yang lalu oleh SN SS · Ulasan