Southwest Airlines batal lebih banyak penerbangan di AS


Southwest Airlines membatalkan ribuan lagi penerbangan semalam di Amerika Syarikat semalam susulan kejadian ribut di negara itu. – Gambar EPA, 30 Disember, 2022.

SYARIKAT penerbangan tambang rendah Amerika Syarikat (AS) Southwest Airlines membatalkan beribu-ribu lagi penerbangan semalam, lapor Agensi Anadolu.

Selepas kejadian ribut membadai negara itu, lebih 2,300 penerbangan di barat daya dibatalkan sekali lagi, menurut laman sesawang jejak penerbangan FlightAware.

Ribut Elliot dilaporkan terus melanda sebahagian besar negara, manakala syarikat penerbangan itu membatalkan lebih banyak penerbangan berbanding syarikat penerbangan lain semasa musim cuti yang sibuk.

Southwest Airlines kini berdepan siasatan di peringkat persekutuan.

Setiausaha Jabatan Pengangkutan Pete Buttigieg berkata pada Selasa syarikat penerbangan itu akan bertanggungjawab atas semua pembatalan penerbangan yang dibuat sebelum ini.

Ribut telah meragut sekurang-kurangnya 60 nyawa di seluruh AS dengan kebanyakan kes dilaporkan di bandar Buffalo, New York. – Bernama, 30 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen