Ekonomi India pamer ketahanan berdepan cabaran global


Dalam usaha meredakan inflasi, bank pusat India terus meningkatkan kadar repo tahun ini, menurut laporan itu. – Gambar EPA, 30 Disember, 2022.

EKONOMI India mempamerkan daya tahan berdepan cabaran global, berikutan kewangan negara dan pasaran kewangan domestik “stabil dan berfungsi sepenuhnya”, menurut Bank Rizab India (RBI).

Gabenor Shaktikanta Das pada berkata meskipun situasi ekonomi antarabangsa dan pasaran kewangan sedang bergolak akibat dasar monetari di kebanyakan bahagian di seluruh dunia, sistem perbankan India kekal teguh dan memiliki modal yang baik lapor Xinhua.

Sektor kewangan bukan perbankan juga menghadapi cabaran ini.

Keputusan ujian tekanan menunjukkan bank dapat bertahan meskipun berdepan tekanan yang teruk, kata Das dalam satu kenyataan.

Secara ketara, inflasi negara pada November turun kepada 5.88% daripada 6.77% pada Oktober, terendah dalam tempoh 11 bulan lalu.

Dalam usaha meredakan inflasi, bank pusat terus meningkatkan kadar repo tahun ini, menurut laporan itu. – Bernama, 30 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen