Pengebom bunuh diri serang kawasan majoriti Syiah di Kabul


Tujuh mati manakala tujuh lagi cedera dalam serangan yang menyasarkan kawasan majoriti Syiah di Kabul, Afghanistan. – Gambar AFP, 9 Mac, 2018.

SEORANG pengebom bunuh diri meletupkan dirinya di kawasan majoriti Syiah di Kabul, Afghanistan pada Jumaat, mengakibatkan sekurang-kurangnya tujuh terkorban, kata pihak rasmi.

“Tujuh syahid manakala tujuh lagi cedera dalam serangan itu,” kata Jurucakap Kementerian Dalaman Najib Danish dalam kemas kini Facebook.

Seorang anggota polis antara yang terbunuh dalam serangan itu, yang berlaku berhampiran acara memperingati ulang tahun ke-23 kematian Abdul Ali Mazari - bekas pemimpin ulung Syiah bagi etnik Hazara yang dibunuh Taliban.

Setakat ini tiada pihak yang tampil bertanggungjawab dalam serangan tersebut, namun kejadian itu berlaku ditengah-tengah tekanan Afghanistan terhadap Taliban untuk menerima tawaran genjatan senjata. – AFP, 9 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen