Polis Colombia berkas 119 suspek kes culik, peras ugut


Operasi itu memberikan tamparan hebat kepada La Empresa, Los Pramilitares, Los Mojana dan Clan del Golfo, yang merupakan kumpulan utama jenayah terancang di Colombia. – Gambar EPA, 9 Mac, 2018.

POLIS Colombia telah menahan 119 orang yang disyaki terbabit dengan kegiatan menculik dan memeras ugut di kebanyakan wilayah di negara itu.

Jeneral Fernando Murillo, anggota lembaga eksekutif polis kebangsaan, melaporkan bahawa lebih 500 ejen dan 53 peguam menyertai operasi yang berjaya terhadap kumpulan penjenayah terbabit.

Operasi itu memberikan tamparan hebat kepada La Empresa, Los Pramilitares, Los Mojana dan Clan del Golfo, yang merupakan kumpulan utama jenayah terancang di Colombia.

Mereka memeras ugut peniaga dan pemandu dengan meminta sejumlah wang yang besar.

Menurut pihak berkuasa Colombia, setakat ini, tahun 2018 menyaksikan pengurangan sebanyak 33 peratus dalam jumlah kes penculikan dan 28 peratus bagi kes peras ugut. – Bernama, 9 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen