Perjanjian kerjasama dagang ekonomi Australia-India mula dikuat kuasa


ECTA menyaksikan penghapuskan tarif ke atas 85% produk eksport Australia ke India. – Gambar EPA, 29 Disember, 2022.

PERJANJIAN Kerjasama dan Perdagangan Ekonomi Australia-India (ECTA) dikuat kuasa secara rasmi pada Khamis, dengan menghapuskan tarif ke atas 85% produk eksport Australia ke India.

Kadar tarif yang  tinggi ke atas pelbagai produk termasuk wain Australia dan badam juga akan dikurangkan.

Tarif 30% ke atas udang galah batu Australia dan kambing juga dihapuskan, lapor Xinhua.

Menurut kerajaan persekutuan, perjanjian itu akan menjimatkan A$2 bilion (AS$1.3 bilion) bagi pengeksport Australia setiap tahun.

Farrell juga mendedahkan beliau dan Perdana Menteri Anthony Albanese akan berkunjung ke New Delhi pada Mac untuk mengadakan perbincangan mengenai perjanjian perdagangan pusingan kedua yang akan menumpukan kepada akses yang lebih besar kepada pasaran pekerjaan Australia. – Bernama, 29 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen