8 terbunuh terjatuh dalam parit ketika perhimpunan politik di India


Bekas ketua menteri dan ketua Parti Telugu Desam, Nara Chandrababu Naidu dijadual berucap kepada sebilangan besar penyokongnya ketika jelajah politik di Andhra Pradesh. – Gambar Facebook, 29 Disember, 2022.

SEKURANG-KURANGNYA lapan maut manakala ramai lagi cedera selepas mereka terjatuh ke dalam longkang akibat “rempuhan” semasa jelajah politik di Andhra Pradesh semalam.

Bekas ketua menteri dan ketua Parti Telugu Desam, Nara Chandrababu Naidu dijadual berucap kepada sebilangan besar penyokongnya ketika jelajah politik berkenaan.

Terdapat beberapa insiden pergaduhan hingga membawa kepada situasi seperti rempuhan, menurut laporan media tempatan.

Parti Telugu Desam (TDP) Naidu mengumumkan bantuan kewangan untuk keluarga si mati.

“Kematian penyokong TDP adalah satu kehilangan besar kepada parti. Saya menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mereka.

“Mangsa yang cedera akan menerima rawatan yang lebih baik,” kata Nara Lokesh, setiausaha agung TDP menerusi Twitter. – Bernama, 29 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen